Sunday, August 22, 2010

your love

tengah membantu rakan saya membuat tesisnya. membaca tajuknya sahaja membuatkan saya pening kepala.

apabila saya membantu dia membuat tesisnya, bolehkan saya mendapat separuh Master in Business Admin nya?

okay otak tepu.

selamat hari Sunday all. saya berjanji apabila siap tesis rakan saya ini, saya akan pergi buat threading kening ya.


Janjiiii.

Monday, June 28, 2010

bear hug

Di Tadika tempat saya bekerja sekarang, 90% murid-muridnya terdiri daripada kaum Cina dan kaum India.

Mereka semua berbahasa Inggeris kerana Inggeris merupakan bahasa utama di sana.

tetapi apa yang membuatkan saya teruja bekerja di sana ialah, murid-muridnya adalah color blind.

Tidak mengira kaum, agama atau bangsa seseorang cikgu itu untuk memberikan kasih sayang dan bear hug.


:)

Friday, June 25, 2010

makna kata

1. Makna kata, kalau gaji tidak masuk lagi, perlulah kening berserabai segala dan di atas bibir ditumbuhi misai misai halus disebabkan kekangan kewangan.

2. Makna kata, banyak sangat menerima undangan perkahwinan, perlulah sedikit teruja *okay tipu*. perlulah sedikit takut. :p

3. Makna kata, belum upload gambar kahwin rakan baik sendiri, perlulah melabelkan diri sendiri pemalas. Potong lagi markah jika usia perkahwinan rakan baik itu sendiri telah berusia sebulan.

4. Makna kata, perut sudah agak setaraf bersamaan dengan dada sendiri, perlulah mengaktifkan diri sedikit sedikit.

5. Makna kata, paha sudah memlebar, perlulah membeli seluar RM5 itu di Pasar Pagi Shah Alam sebab sangat selesa.

6. Makna kata, boyfriend suka menonton bola sehingga 2-3pagi, perlulah dia menghubungi saya pada waktu waktu begitu atau lebih tepat lagi pada waktu waktu saya tengah berangan mengenai abang Kaka.

7. Makna kata, dia mendapat baucer percuma Pizza Hut, McD, KFC, Ayamas, perlulah pergi menghabiskan baucer-baucer berkenaan. Tak baik membazir baucer. Kena paksa tau.

8. Makna kata, pasukan kompang telah ditubuhkan di kawasan perumahan saya dan berlatih dengan begitu jitu sekali setiap malam, perlulah menempah mereka. Persoalannya, bilakah patut menggunakan pasukan kompang ini?

9. Makna kata, emak tidak berapa sihat, perlulah menunjukkan skil memasak saya yang tidak berapa masak ini.

10. Makna kata, jika syarikat saya bekerja terletak berhampiran dengan tasik yang membuai-buai, perlulah menyelongkar kembali almari kasut yang berhabuk itu untuk mencari kembali kasut berhabuk itu untuk kembali aktif. *pheww

Wednesday, June 23, 2010

perlukah?

1. perlukah apabila makan 2 ketul jagung bakar, perlukah abu hitamnya melekat di gigi tidak perasan?

2. perlukah selepas itu pergi ke ke stesen minyak untuk membeli petrol, lalu berkata
'Abang, pam 12 RM20' sambil tersenyum adik manis yang tidak berapa nak manis nih.

3. perlukah makan tempe dengan begitu banyak sekali dan pergedel? oh itu perlu.

4. perlukah membaca gosip-gosip yang tidak perlu itu?

5. perlukah getting rid of 2 orang rakan yang berbaur toksik sedikit? jika menggangu perjalanan kerja perlu get rid of.

6. perlukah seorang murid berumur 7 tahun berkata, 'Cikgu, I think your feet stinks' semasa pembelajaran?

7. perlukah pergi ke urbanscapes Sabtu ini jika tiketnya RM55?

8. perlukah mempunyai agenda ingin mengambil tempat letak kereta Managing Director of Sime Darby?

9. perlukah beliau tahu yang kereta kemek sebelah itu kereta saya?

10. perlukah menonton bola sehingga 2 pagi sehingga mata menjadi mata panda?

oh itu saya tahu jawapannya.

Tuesday, June 22, 2010

apabila

1. apabila perut sudah setaraf dada, amatlah membingungkan. tetapi tidak mahu berbuat apa apa.

2. apabila membaca blog lama adalah amat mengharukan kerana sangat kebudak -budakkan.

3. apabila cuba memakai dress lama, lalu muat tapi sangat ketat sehingga tidak mahu melihatnya di dalam cermin. bagaimana?

4. apabila ada orang itu geletek saya sehingga muntah kesemuanya selepas makan pizza free, adalah best juga. dan teringin makan kembali.

5. apabila cikgu fara mencubit pelajarnya sehingga lebam keesokkan harinya, kuat juga tangan saya.

6. apabila pelajar kegemaran senyum pada saya, sempurna hari saya.

7. apabila gambar gambar yang ditangkap sangat cantik, maka hati sangat suka.

8. apabila tiba tiba berasa emo dengan emak sendiri kerana membenarkan orang lain menjual tanahnya, bukan anaknya dan mendapat untung RM9k, hanya termuntah sahajalah.

9. apabila mengetahui anak saudara yang berumur 1 tahun pandai membuat slam dunk, terasa berbaloi pengajaran selama ini.

10. apabila mengetahui kawan baik mahu bertunang, sangat terkejut dengan diri sendiri sebab tidak menggelabah :p

Sunday, June 20, 2010

sugarland

things that I miss from melawati:-

1. Nasi Lemak Kakak

2. ACE Hardware.

3. Popia Zaiton.

4. Murtabak Pak Din.

5. nasi ayam sup jernih.

6. Nasi Lemak Wan (pasar malam)

7. Weststar.

8. club century paradise punya swimming pool.

9. kedai kuih dekat Jalan G.

10. Nasi lemak bus stop.


*notice mostly it's about food that I miss?

Friday, June 18, 2010

my day

the other day, my 5 year old Zachary calling me and whisper to me,



"Teacher Fara, Teacher Fara, come here"
































"I'm getting married"


*pengsan*