Tuesday, December 22, 2009

sunrise

Okay. It's been berhabuk bersawang and saya tidak tahu apa lagi yang telah terjadi kepada blog saya ini. Tiba tiba rasa rindu ingin menulis kembali, lalu kubuka kembali, dan menengok rupa-rupanya masih ingat saya pada password saya.

Menangis blog saya rindukan emaknya.

Wah emak tau..

Saya tulis blog atas sebab saya ingin mengulangkaji matapelajaran Inggeris saya, tapi apakan daya, tahap Inggeris saya di tahap itu sahaja.
Jadi kita akan melangkaui tahap tahap tatabahasa Inggeris saya lah jika begitu.

2009 adalah sangatttt menarik memang the bomb.

Saya menerima anak saudara perempuan pertama saya, yang saya rasa ada iras iras muka saya, tapi papanya malu mengakuinya dan berdoa agar perangai anaknya tidak menyerupai mak ngahnya. Let's berharap.

Saya menulis blog ini kembali kerana ingin mengurangkan rasa gundah di hati, jika boleh. Ingin mengurangkan rasa ragu di jiwa. what?

Okay sambung kejayaan 2009 yang kedua : Saya berjaya graduate setelah ayah saya berhempas pulas membantu saya menjelaskan yuran pengajian. huh anak tidak berdosa inih telah berdosa pada baba nya.

OMG, tidakkah rasa bangga terhadap diri sendiri apabila setelah 80 tahun belajar, berjaya juga. malulah letak gambar kerana perut sudah sama naik dengan pinggulnya. oh no.

Sungguh gembira. Tidakkk, tidaklah gembira kerana perut sama naik, cuma gembira setelah 80 tahun belajar akhirnya termakbul jua cita cita.

Oh saya tidak suka orang luar yang tidak suka negara saya. Sebab saya suka negara saya. Banyak yang boleh dipelajari.
okay terpesong.

Sebab ketiga: 2 rakan baik telah dan akan berkahwin, membuatkan kami berlima sangat rapatttt, itu saya sangat bersyukur, masing masing berangan nak membeli belah barang anak.
huh. Cubalah mendirikan rumah tangga dulu Farahani.

Banyak sebab lagi, antara sebabnya lagi: Saya telah menjadi salah seorang anggota pekerja di LVG Consultants, di mana saya sangat menyintai karier saya ini, saya ingin bersungguh sungguh lagi sehingga memantapkan pekerjaan saya serta comissionnya.

Nantilah cerita mengenai pekerjaan, di lain hari dan di lain artikel.

Sungguh saya merindui rakan rakan blog dahulu seperti azwar. Azwar rock star sudah bergoatee bagai. Blog back plis.
Oh siapa lagi, banyakkkk. u know who u are. if u dont, takpe. nevermind.

bye. for now. fow now only.

1 comment:

stabuxguy said...

welcome back, Angah! :-)