Thursday, June 17, 2010

khamis

apabila sudah habis family day, maka agak sedih kerana cuti juga hampir habis. mari merana.

tetapi gambar gambar adalah cantik sangat tetapi adalah malas mengupdate. entah bila mahu update sehingga bersawang agaknya. badan agak letih hari ini.

hari ini cuci baju 5 load. bagus nampaknya dan tidak makan malam. makan beskut kering lalu menipu perut dengan mengatakan sudah kenyang makan nasi. bagus bagus. tapi tak tahulah pukul 12am nanti jika perut berkeroncong.

banyak yang perlu disettlekan. syukur family day sudah settle dan mami timah telah menempah saya untuk MC pada wedding Abang Ryzal. Mari menggelupur. tetapi baju kena baru yo! kena sempurna baju MC ok. baju pengantin biar pengantin risau.

okay setelah pulang ke kampung selama 4 hari, enjin kereta tidak dapat dihidupkan. esok sudah mahu bekerja dan sekarang sudah pukul 10pm. siapa mahu menghidupkan enjin kereta tersebut?

sudah tentu saya dan jangan lupa berpeluh esok menghidupkan enjin kereta kembali kerana telah memakai krim pelembap.

seronok rasanya mengupdate blog kerana ini sahaja tempat saya menulis. saya malas menulis diari terima kasih. tetapi mengtype blog adalah ok.

jumpa nanti!

1 comment:

Unknown said...

nak gambarr! lala