Friday, June 25, 2010

makna kata

1. Makna kata, kalau gaji tidak masuk lagi, perlulah kening berserabai segala dan di atas bibir ditumbuhi misai misai halus disebabkan kekangan kewangan.

2. Makna kata, banyak sangat menerima undangan perkahwinan, perlulah sedikit teruja *okay tipu*. perlulah sedikit takut. :p

3. Makna kata, belum upload gambar kahwin rakan baik sendiri, perlulah melabelkan diri sendiri pemalas. Potong lagi markah jika usia perkahwinan rakan baik itu sendiri telah berusia sebulan.

4. Makna kata, perut sudah agak setaraf bersamaan dengan dada sendiri, perlulah mengaktifkan diri sedikit sedikit.

5. Makna kata, paha sudah memlebar, perlulah membeli seluar RM5 itu di Pasar Pagi Shah Alam sebab sangat selesa.

6. Makna kata, boyfriend suka menonton bola sehingga 2-3pagi, perlulah dia menghubungi saya pada waktu waktu begitu atau lebih tepat lagi pada waktu waktu saya tengah berangan mengenai abang Kaka.

7. Makna kata, dia mendapat baucer percuma Pizza Hut, McD, KFC, Ayamas, perlulah pergi menghabiskan baucer-baucer berkenaan. Tak baik membazir baucer. Kena paksa tau.

8. Makna kata, pasukan kompang telah ditubuhkan di kawasan perumahan saya dan berlatih dengan begitu jitu sekali setiap malam, perlulah menempah mereka. Persoalannya, bilakah patut menggunakan pasukan kompang ini?

9. Makna kata, emak tidak berapa sihat, perlulah menunjukkan skil memasak saya yang tidak berapa masak ini.

10. Makna kata, jika syarikat saya bekerja terletak berhampiran dengan tasik yang membuai-buai, perlulah menyelongkar kembali almari kasut yang berhabuk itu untuk mencari kembali kasut berhabuk itu untuk kembali aktif. *pheww

1 comment:

stabuxguy said...

angah, good luck! HEHEHE...