Wednesday, June 23, 2010

perlukah?

1. perlukah apabila makan 2 ketul jagung bakar, perlukah abu hitamnya melekat di gigi tidak perasan?

2. perlukah selepas itu pergi ke ke stesen minyak untuk membeli petrol, lalu berkata
'Abang, pam 12 RM20' sambil tersenyum adik manis yang tidak berapa nak manis nih.

3. perlukah makan tempe dengan begitu banyak sekali dan pergedel? oh itu perlu.

4. perlukah membaca gosip-gosip yang tidak perlu itu?

5. perlukah getting rid of 2 orang rakan yang berbaur toksik sedikit? jika menggangu perjalanan kerja perlu get rid of.

6. perlukah seorang murid berumur 7 tahun berkata, 'Cikgu, I think your feet stinks' semasa pembelajaran?

7. perlukah pergi ke urbanscapes Sabtu ini jika tiketnya RM55?

8. perlukah mempunyai agenda ingin mengambil tempat letak kereta Managing Director of Sime Darby?

9. perlukah beliau tahu yang kereta kemek sebelah itu kereta saya?

10. perlukah menonton bola sehingga 2 pagi sehingga mata menjadi mata panda?

oh itu saya tahu jawapannya.

No comments: